Labels: , , ,

Microsoft Security Essentials

0 comments

Salam semua, akhirnya Microsoft keluar dengan product antivirusnya tersendiri...

Biasalah, leak version dah ada and i already tried it...

In term of installing dan task process, not bad. Tak adalah macam software antivirus lain. Tapi biar berat, dan berkesan. Kadang tu application ringan, tapi kurang berkesan dalam mengesan virus.

So, 16 Jun yang lepas pihak Microsoft telah memberi nama exclusive buat perisian baru ni. Morro adalah nama yang diberi.

Perisian ini akan official release for tester dalam bulan September..

Berikut saya paparkan beberapa screenshot dari PC saya...

Validate dulu, siapa pakai RC version tak ada hal punya.


Update dlu, tak pasti pula samada ia boleh update secara offline seperti Norton, Nod32 dan Kaspersky atau tidak..



Buat masa ini tiada maklumat samada ia datang sekali bundlu dgn OS yang baru atau tidak. Anyway, just wait ok...

Labels: ,

MIcrosoft Office 2010 - myFirst Review

0 comments

Well, actually program ni belom keluar officially dari Microsoft. Tapi maklumat ni bocor dan boleh di download dari beberapa hosting server. Take note, produk akhir yang akan keluar tidak semestinya sama dengan produk yang leak ni. Mungkin akan ada perubahan dari segi interface, warna dan sebagainya.

1st preview ni tak banyak perubahan. Just some improvement dari segi user interface. Furthermore, kali ni MIcrosoft Office ini terdapat dalam 2 jenis OS. 64-bit dan 32-bit. Advantage utk RAM tu.

Nama kod untuk versi kali ini ialah Office 14. Kenapa tak pilih 13, itu kene tanya pihak Microsoft. Tak de ong kot nombor 13 tu.

Senarai application dalam Microsoft Office Plus 2010 edition ini adalah
  1. Access 2010,
  2. Excel 2010,
  3. InfoPath 2010,
  4. OneNote 2010,
  5. Outlook 2010,
  6. PowerPoint 2010,
  7. Publisher 2010, and
  8. Word 2010.
  9. Project Professional 2010,
  10. SharePoint Designer 2010 and
  11. Visio Professional 2010




Install program sama seperti Microsoft Office 2007
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Microsoft Office Word 2010 - gambar kedua tu bila kita tekan button Office sebelah atas hujung kiri warna biru tu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Microsoft Office Powerpoint 2010 - perubahan paling jelas adalah pertambahan pada SmartArt Graphic tu. Ada kategori Picture. Then, tengok pula Animation. Agak menarik dari segi user interface.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Microsoft Office Publisher 2010 ni, sama macam biasa kot...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Huh, yang ini baru. Tak sure apa function dia. Tengah explore....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Microsoft Office Excel 2010 - tak banyak improvement. Sama dengan Word di atas.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berikut merupakan program Microsoft Office 2010 Plus yang telah di muat turun. Seperti saya nyatakan di atas. Terdapat 2 versi iaitu 32-bit dan 64-bit. Pilih betul-betul. Windows XP tu 32-bit jer.


Error pertama yang saya jumpa. Bukan masalah ader 2 Microsoft Office, tapi masalah perbezaan jenis applikasi tu. Microsoft Office 2007 rata-rata merupakan aplikasi 32-bit. Dan yang saya ingin install adalah 64-bit.

Applikasi lain saya tidak install kerana kurang digunakan.

Sekian, review pertama saya terhadap applikasi Microsoft Office Plus 2010.

Oh, btw, nih Movie Office 2010.....

Labels: , ,

PC Maintenance 1 - Lajukan Startup

0 comments

Perasan tak, tiba2 PC kita slow sangat masa start. Nak tunggu dia load semua program terasa lambat la. Actually ada program yang kita install untuk kegunaan satu2 masa tu, atau by default, Windows dah setkan certain application untuk run bila kita onkan PC. Contohnya, Windows live messagger, Microsoft Groove, Adobe update dan sebagainya. Kita tak perlukan semua tu. Itu hanyalah program utuk update software tu. Ia bagus tapi kekadang menyusahkan...

Antara cara paling basic nak buang semua tu ialah dengan mematikan program itu pada startup.

Taip msconfig pada start > run



Ok, akan keluar System Configuration Utilty kan, pergi kebahagian Services. Ok ni semua senarai service yang akan run kat PC kita. Banyak yang kita boleh matikan. Before that, tick dulu "Hide all Microsoft Service" untuk sembunyikan service yang penting. Ok yang tinggal nih semua yang kita boleh matikan. Korang leh try and error. Yang biasa org matikan adobe, bonjour, google update, microsoft dan sebagainya. Next akan saya senaraikan service yang patut dimatikan.



Kemudian tengok pula pada bahagian Startup. Inilah senarai application yang akan run mula masa kita buka PC kita. Nak tau virus pun boleh check kat sini. Tarik sikit menu command tu supaya kita boleh tengok dari mana dia run. Klu yag pelik2 dari recycler ker atau folder ntah aper2 ker, kita boleh matikan, klu delete pun lagi baik. Kadang appliation tu tak perlu run mula2, klu kita nak, kita click la kat appliation tu. Contoh YM.



Last sekali click kat Ok, program akan tanya nak Restart atau tak perlu. Better restart la. Anda akan diberi paparan bawah ni masa mula2 onkan PC. Tick kat "Don't show... " then OK..



Harap ia dapat membantu anda semua. Ada cara lagi advance, tapi learn the basic first ok..

Labels: ,

Block website lucah di rumah

0 comments



Antara perkara yang kita nak elakkan dari anak2 adalah mengahalang mereka mengakses laman web yang bukan seperti laman web lucah, permainan game, perjudian, jenayah keras dan sebagainya. Kadangkala web tersebut terpapar tanpa kita ketahui atau mahu. Ia mungkin iklan atau popup yang digunakan untuk tujuan pengiklanan.

Terdapat beberapa cara untuk block access kepada website2 ini. Antaranya melalui Internet Option (dalam Control Panel).



Control Panel > Internet Option > Content (tab) > Content Advisor (button)

Click pada butang Enable pada ruangan Content Advisor

Pada ruangan Rating terdapat beberapa pilihan laman web yang ingin di block. Antaranya, laman lucah, ganas, sex, keganasan dan sebagainya. Pilih salah satu (contoh nudity utk laman web lucah)

Gerakkan slider di bawahnya. Ia merupakan tahap akses kepada laman web tersebut samada block semua, atau block sedikit atau block ala kadar

Click apply. Popup utuk masukkan username, password dan hint utuk password akan keluar. Isikan ia, ini untuk bagi kebenaran kepada user utuk akses web yang di block.



Popup Content Advisor akan keluar jika laman web yang ingin diakses mempunyai hint berunsur lucah atau sebagainya. Masukkan password jika ingin akses web tersebut.

Namum begitu terdapat beberapa cara utk elak dikesan. Anaranya menggunakan web proxy. Sekurang2nya, anak kita yang belum tahu tentang cara mengatasi contect filtering ini, tidak terjebak pada masalah yang web.

Sekian......

Labels: ,

Add new font in Windows 7

0 comments

Kaedah untuk menambah font di dalam Windows 7 agak berlainan sedikit berbanding Windows2 sebelumnya. Kaedah tersebut lebih mudah dan praktikel bagi OS yang baru ini.



Untuk menginstall font baru, pilih file font yang ingin ditambah. Right click pada font tersebut dan anda akan melihat option Install di atas sekali menu. Tekan button install tersebut.

Begitu juga jika terdapat beberapa jenis file font yang ingin ditambah. Pilih semua (CTRL+A), right click dan install.



Jika terdapat font yang sama dalam sistem, popup akan kaluar untuk pilihan samada gantikan yang baru atau biarkan sahaja. Pada pendapat saya, gantikan sahaja.

Select Font > Right Click > Install

Labels:

Salam Pengenalan

0 comments

Assalammualaikum...

Memandangkan banyak sangat request tentang permasalahan PC nih. Jadi saya bercadang untuk menulis semua perkara yang saya tahu mengenai dunia perkomputeran mengikut pengalaman saya..

Saya akan cuba menjelaskan dalam bentuk yang santai dan mudah difahami..

Kalau ada rakan kat luar tu yang requst nak tahu tentang sesuatu, saya akan cuba menerangkan di blog nih..

Moga maklumat yang kita kongsi ini akan dimanfaatkan untuk kebaikan bersama...

Salam mesra izura...